Kamis, 27 Mei 2010

kata mutiara

Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan yang baik untuk bertindak
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan
hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-
kata yang kasar dapat mengasarkan hati
yang lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh
membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi
kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah
melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang
lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan
tidak membetulkannya telah melakukan
satu kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti
memahat di atas batu dan memulainya
sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang
jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi
sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang
pasir betapa pun jua empuknya pasir itu
~Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain, janganlah pula
anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak
akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa
tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia
tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh
mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi
hari ini masih boleh mengubah apa yang
akan terjadi pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai
falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah
walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti
untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan
mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana
implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan,
jikalau orang tuanya tidak pernah
menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada
lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~
Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya
oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu
perkara dari pengetahuan orang lain lebih
baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang
berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang
dirasakan manisnya dalam hati…
Harta yang didatangkan oleh angin akan
terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti
kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih
baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di
dada seorang yang berhati baik, kebaikan
tidak boleh berakar di hati seseorang yang
berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk
diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan
memberi kemaafan sahajalah kita akan
dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas
umpama pisau bedah yang boleh
membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi
cahaya kehidupan yang dipancarkan akan
selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang
kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah
yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah
tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.
Manusia tak akan tahu semua perkara,
justeru tahu banyak perkara lebih baik dari
tidak suka mengambil tahu walaupun satu
perkara
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan
tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu
adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang
telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia
sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita
kerana kita belum pasti adakah hari esok
kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerimasesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai
matlamatnya. ~ Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada
pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita
sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak
boleh kamu semburkan kepada orang lain
tanpa kamu sendiri mendapat beberapa
titisan daripadanya ~ Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta
melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan
dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan
memberikan sebarang makna jika
kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan
derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg
hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan. ( Harieta
Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat
diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil
sebagai seorang penyapu sampah, dia harus
menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven
memainkan muziknya, ataupun Shakespeare
menulis puisinya. Dia harus menyapu
dengan begitu baik sekali sehingga semua
yang terdapat di syurga dan dunia akan
berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu sampah yang
paling hebat, yang telah melakukan
kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah
melakukan kesalahan terhadap kita ialah
dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau
perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan
menumpukan perhatian ke arah mencapai
matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi
tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi
tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya ~ Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan
hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh
berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang
yang tidak mahu mengerjakan apa yang
disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal,
tetapi tidak merancang adalah merancang
untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu.. ~Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-
layang. Sentakan angin yang menentangnya
bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling mahal
tidak memberikan masalah. Ada kalanya
meragam juga. Usah sangka orang yang
serba kekurangan itu tidak membahagiakan,
ada kalanya dia lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana
musim dingin, basah dan lembab, tidak
disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk
itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan
buah-buahan yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah
ditentang daripada seorang pemerintah
yang kejam, dan pemerintah yang kejam
lebih mudah dihadapi daripada angkara
fitnah yang berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua
yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan.
Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan
usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph
Conrad
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji
pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah
kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan
sangka semua yang cerah kekal cerah
sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam
dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang
indah dan menawan; apa yang di tangan
sendiri sentiasa kedam. Selalu kita
meletakkan impian yang muluk-muluk pada
kepunyaan orang sedangkan orang turut
terliur dengan apa yang kita miliki
Reputasi anda ialah apa yang orang lain
fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi
anda ialah tingkah laku anda.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah
lagi jika ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita
yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan
kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda,
akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang
murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting
seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang
lebih kurang sama. Mereka akan berubah
hanya dengan doa kita dan dengan
keizinanNya.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna
semakin banyak.
Setiap hari kita adalah manusia yang
berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini
remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya
menjadikan kita dan masa sungguh
bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa
kepada keburukan dan menimbulkan rasa
dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana
Allah, maka janganlah bertengkar dan
berbalah dengannya, janganlah menanyakan
sesiapa tentangnya, kerana orang yang
ditanya itu mungkin memberitahu anda
perkara yang mengelirukan yang boleh
menghalang perhubungan anda dengan
orang itu.
Perbezaan antara orang yang berjaya
dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. apa yang dapat difikirkan
menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman
akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan
secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih
banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi
oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah
pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak
boleh mencari sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi
sinarannya dan elakkan daripada menjadi
cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar
harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek moyang (Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang
membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,
kejahilan itu kesesatan dan manusia yang
paling hina ialah orang yang menganiaya
orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah
bercakap menjadi pendiam dan
menyebabkan seseorang yang bijak
menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman..
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau
menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika engkau membiarkannya maka ia tidak
akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi
untuk mendapat dunia yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg
dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya
sendiri. Dia membinanya seperti mana yang
dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang
dikehendakinya, kadang kala dia mendapati
bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau
sesuatu untuk dipersalahkan daripada
mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui,
jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar
dan jangan memberitahu semua yang kamu
dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai
batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita
upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang
kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa
yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah
sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang
mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul
Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita
benci sekarang adalah kawan karib kita
suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan
keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita
terima juga setanding dengan apa yang kita
usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan,
tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya
(suara ributnya) daripada gerobak yang
penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke
atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa
dunia tidak akan meningkatkan harga anda
itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah
berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan
engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan
mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu
peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan
satu jaminan yang berkekalan. Apa yang
ada hanyalah percubaan, cabaran dan
pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang
boleh mengawal komunikasi dengan orang
yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih bawah daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan
kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan
akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan
keadaan kamu sekarang kerana mereka
telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang
bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-
Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit
sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan
kemasyhuran adalah seperti bayang-
bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang
lebih melihat bayang-bayang daripada
pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari
dengan apa yang dirasakan kerna selalunya
apa yang terungkap tidak sama seperti apa
yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak
daripada menjadi pemerhati yang kaku dan
tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan
manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah
dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang
tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu
yang sukar diperoleh tetapi sering
melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa,
tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan
keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah
orang yang nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak
berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah
ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab
seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan
malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua
buah kampung, perkahwinan menjadi
penghubung antara dua insan dan anak
menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang
masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan
untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali
merupakan permulaan kepada usaha yang
besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada
menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang
jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika
anda meminati mereka dan bukannya cuba
membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan
mereka ke arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang akan menemui jalan
sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang
hanya kerana kepandaiannya berkata-kata
tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta
tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa
sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B
Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai
dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas kemusnahan dan
kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang
sahabat menjadi kekasih daripada (bekas)
kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan
tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk
kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -
Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti ~Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat
rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara
untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang
yang tidak mengharapkan kebaikan dari
kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
-Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat -Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa
agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana
samudera yang dapat mencapai setiap
sudut pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi
realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan
adanya agama, bagaimana lagi jika tiada
agama? ~ Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah
menyimpan kesabaran ~ Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu
negeri lebih sulit daripada menghitung
orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah
mereka yang paling takut pada perubahan ~
Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang
lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi
masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga
merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan
generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati
orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila
kamu dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam,
disebalik senyum dan tawa, seseorang
insan itu mungkin dilanda kepahitan dan
kekecewaan yang tidak diketahui orang
lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar