Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita
akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya,
melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum
kematiannya. Yang berani mati hanya
sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang
sedang marak, tetapi sukar untuk
meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai
makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata,
seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk
berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun , dan
kemudian kamu meninggalkannya dengan
perasaan telah bercakap-cakap lama
dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah
fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang
kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam
dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang
berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena
asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup
telinga dengan mudah sebagaimana
membuka dan menutup mata, pasti kita
akan terhindar dari mendengarkan banyak
kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak
diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling
bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang
bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu
ialah raja yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat, kesenangan itu
satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di
bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-
sekala tetapi orang yang sama tidak boleh
menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang
diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-
jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan
dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia
berlalu pergi. Esok kalau ia masih
bertandang, jangan harap ia akan datang
kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar
daripada bangun tidur dengan banyak hutang
-Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia,
terungkap baginya musuh yang berbaju
kawan.
Pengumpul harta belum tentu
memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan
harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum
tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau
tidak mahu permintaan kamu diabaikan
orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh
menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat. Orang yang terhormat itu
kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang
orang lain kepadamu, maka dia akan
membawa berita tentang dirimu kepada
orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,
hanya apabila ia telah hilang barulah
manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan
emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin
melarikan diri sedangkan tiada seorang pun
yang mengejarnya namun orang yang benar
itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala
sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak
memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu
meskipun telah mengenalmu dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang
tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama
halnya dengan sesebuah benteng yang
tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak
kita banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu
persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana
kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
Menghairankan sekali, orang yang mencuci
wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi
tidak mencuci hatinya walaupun sekali
setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita
kekejian yang didengarnya, maka dia
seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar,
meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna
parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada
kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum, kerna hanya
senyum yang dapat membuat hari-hari yang
gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain
yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa
yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak
tahu apa yang belum pernah kita miliki
sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada
musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika bertemu seseorang yang sangat
bererti dan mendapati pada akhirnya
bahawa tidak demikian adanya dan harus
melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-
bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa
diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung
pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak
dapat meneruskan hidup dengan baik jika
tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit
hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah
kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan
kelmarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari
kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali
merupakan permulaan daripada usaha yang
besar.
Agama tidak pernah mengecewakan
manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali
jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati
seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang,
kesusahan telah bersedia di mukanya -
Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk
meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang
hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang
mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar
musuh anda sedemikian panas, sehingga
anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah
perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk
membentuk perkara-perkara besar.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata
oranglain. Apabila hal itu menyakitkan
hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan
hari orang lain pula.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar